fbpx

64 bantuan kerajaan untuk usahawan tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARASWATHY (tengah) hadir merasmikan Malam Padanan dan Rangkaian Perniagaan MCWEA di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Kerajaan menerusi 10 agensi berlainan kini menyediakan sehingga 64 jenis bantuan yang pelbagai kepada usahawan tempatan, termasuk daripada golongan wanita dan belia untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Saraswathy Kandasami menggesa usahawan supaya bertemu dengan agensi kerajaan terlibat untuk mengetahui kaedah mengembangkan bisnes mereka.

“Kami menyediakan bantuan termasuk inisiatif pembiayaan, geran pemula serta bantuan dalam pembinaan kapasiti dalam bentuk latihan, khidmat nasihat dan pelbagai program lain untuk usahawan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Malam Padanan dan Rangkaian Perniagaan anjuran Persatuan Usahawan Wanita Cina Malaysia (MCWEA) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Saraswathy menambah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat berharap supaya usahawan dapat mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan yang disediakan sama ada menerusi persatuan, media atau jabatan kerajaan, seterusnya membuat permohonan.

“Kemudian, gunakan geran atau inisiatif yang dipohon untuk berinovasi atau memodenkan perkhidmatan atau barisan pengeluaran bagi menambah baik kualiti produk dan perkhidmatan, seterusnya memasarkannya ke luar negara.

Hadir sama dalam majli berkenaan ialah Presiden MCWEA, Datin Seri Jessie Wong.

Menurut Wong, sebagai organisasi yang mewakili 200 usahawan wanita, pihaknya berharap untuk terus mengembangkan pengaruh dan memastikan persatuan mempunyai platform korporat yang mantap untuk usahawan mengakses dan bertukar pengalaman serta maklumat korporat terkini, termasuk dari MEDAC. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI