fbpx
Noh (dua kanan) menyerahkan sijil latihan keusahawanan kepada seorang penerima pada program itu.

PBT perlu beri ‘moratorium’ penguatkuasaan – Noh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR – Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta memberi ‘moratorium’ tindakan penguatkuasaan kepada usahawan yang terjejas banjir dan pandemik Covid-19 ketika ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau menerima rungutan daripada golongan itu yang menghadapi masalah termasuk disaman sehingga 10 kali.

Katanya, semua PBT di seluruh negara perlu mempermudahkan urusan untuk mendapatkan lesen perniagaan kepada usahawan.

“Kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan dan PBT juga boleh memberi ‘moratorium’ saman atau kompaun kepada usahawan yang baru mahu pulih.

“Saya berharap golongan terjejas itu hanya diberi amaran dan nasihat terlebih dulu tanpa sebarang tindakan tegas buat masa ini,” katanya selepas menyempurnakan program Latihan Asas Keusahawanan dan Sesi Dialog Bersama MEDAC di Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian di sini, petang tadi.

Jelas Noh, pihaknya turut mengarahkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) tidak mengambil tindakan undang-undang kepada usahawan.

“Kita mahu semua tindakan tegas seumpama itu ditangguhkan dulu bagi memberi masa kepada mereka untuk ‘bernafas’.

“Selain itu, MEDAC menerusi TEKUN Nasional ada memberi skim pinjaman mikro kepada usahawan termasuk yang tidak berlesen bagi meringankan beban mereka,” ujarnya. -K!ONLINE

POPULAR