fbpx

Dana RM30 juta Tekun bantu usahawan terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usahawan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir boleh memohon pembiayaan Tekun sehingga RM10,000. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) melalui agensinya, Tekun Nasional memperuntukkan dana RM30 juta untuk membantu usahawan informal dan mikro yang terjejas akibat banjir.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pembiayaan pemulihan perniagaan di bawah Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM) itu menyediakan pembiayaan sehingga RM10,000 tanpa caj keuntungan, selain moratorium pembayaran pinjaman selama 12 bulan.

“SPIM dibuka mulai awal Januari dan setakat ini, seramai 14,906 usahawan telah memohon melibatkan nilai RM133.1 juta. Bilangan ini termasuk 304 permohonan bernilai RM2.9 juta daripada usahawan terjejas banjir.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 2,825 permohonan telah diluluskan dengan nilai RM23.8 juta, termasuk RM1.62 juta yang diluluskan buat 179 usahawan yang terkesan akibat banjir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noh menambah, usahawan Tekun sedia ada yang terjejas akibat banjir turut ditawarkan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan bermula Disember sehingga Mei 2022, melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM7.2 juta.

“Selain itu, usahawan Tekun terbabit boleh membuat penjadualan semula pembiayaan dan pengeluaran simpanan daripada akaun pembiayaan terdahulu.

“Sehingga kini, seramai 3,993 usahawan Tekun yang terjejas akibat banjir di seluruh negara layak mendapat manfaat kemudahan ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI