fbpx

Bergantung mesin pernafasan sebab asma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanafiah (kiri) bertanya khabar Wan Fatimah yang menderita penyakit asma ketika menziarahinya di Kampung Losong Panglima Perang di Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita diselubungi kerisauan setiap kali mengenangkan kea­daan kesihatan ibunya yang semakin merosot setiap kali di­serang asma hingga terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Kharimah Awang, 40, berkata, keadaan ibunya Wan Fatimah @ Wan Maznah Wan Chik, 76, kini semakin membimbangkan sejak menghidapinya sejak 30 tahun lalu.

Katanya, asma semakin kerap menyerang ibunya menyebabkan dia banyak kali dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan sejak tiga tahun lalu.

“Penyakit asma ibu semakin kronik baru-baru ini sehingga memaksa dia bergantung kepada mesin bantuan pernafasan sejak lebih dua minggu lalu.

“Demi kesihatan ibu, kami mengambil inisiatif menyewa mesin tersebut daripada sebuah farmasi di bandar raya ini dengan caj RM300 sebulan,” katanya ketika ditemui di Kampung Losong Panglima Perang di sini semalam.

Terdahulu keluarga Wan Fatimah telah disantuni oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasio­nal negeri, Hanafiah Mat.

Kharimah berkata, dia sekeluarga akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan mesin bantuan pernafasan sentiasa tersedia demi kebajikan ibunya.

Jelasnya, dia tetap bersyukur masih dapat berbakti untuk ibunya dan berdoa agar wanita warga emas itu tetap sihat di sam­pingnya walaupun kini terpaksa bernafas dengan bantuan mesin.

Sementara itu, Hanafiah berkata, beliau akan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu meringankan beban yang dialami keluarga Wan Fatimah.

Beliau berkata, kos RM300 sebulan bagi menyewa mesin bantuan pernafasan itu untuk kegunaan Wan Fatimah dianggap agak besar bagi sebuah keluarga wanita tersebut.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Karimah di talian 011-3143 5156.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI