fbpx

Aliran trafik lancar di lebuh raya utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik dilaporkan masih lancar dan terkawal di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK). - Foto IHSAN LLM

PETALING JAYA – Aliran trafik di semua lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang dilaporkan masih lancar dan terkawal setakat petang ini.

Laman Twitter rasmi Lebuh Raya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 di kedua-dua arah termasuk di sekitar Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Kuala Terengganu juga lancar.

“Susulan kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) Kilometer 274.3 arah utara di Bandar Ainsdale menghala ke Nilai pagi tadi, trafik masih perlahan namun lorong paling kanan telah dibuka untuk laluan kenderaan.

“Pergerakan trafik di lokasi masih dalam keadaan terkawal namun trafik dilaporkan perlahan sejauh tujuh kilometer di lokasi” ciapnya.

Sementara itu, @BESRAYAtrafik pula memaklumkan bahawa pergerakan trafik di kedua-dua arah Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) adalah lancar dan terkawal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI