fbpx

Penjawat awam antara ditahan dalam serbuan ‘port’ dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di kawasan 'port' dadah di ladang kelapa sawit Felda Mempaga, dekat sini kelmarin.

BENTONG – Seorang penjawat awam antara 24 individu yang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam serbuan yang dilakukan polis di kawasan ‘port’ dadah di ladang kelapa sawit Felda Mempaga di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang itu polis turut merampas 8.95 gram dadah jenis heroin dan 0.38 gram dadah jenis methamphetamine bernilai kira-kira RM500.

“Kesemua suspek yang berumur antara 27 hingga 62 tahun ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

“Polis merakamkan terima kasih kepada orang ramai kerana membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat bagi membanteras jenayah, perjudian dan dadah di daerah ini,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pihak polis akan melakukan operasi berterusan bagi membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI