fbpx

Pemilik tanah bakar kebun sawit disiasat JAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN estet sawit terbiar yang sengaja dibakar secara terbuka di Jalan Sijangkang Utama, Kebun Baru, Sepang, Selangor semalam. – Foto Ihsan JAS

PUTRAJAYA – Tindakan tidak bertanggungjawab pemilik tanah yang membakar kebun sawit di Sepang, Selangor mengundang padah apabila bakal disiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menerusi kenyataan agensi itu, suspek dipercayai sengaja melakukan pembakaran terbuka di kawasan terbiar berkenaan untuk dibersihkan bagi tanaman semula kelapa sawit baharu.

“Siasatan aduan insiden ini yang berlaku di Jalan Sijangkang Utama, Kebun Baru semalam dijalankan setelah menerima aduan kes daripada pihak bomba sendiri,” katanya hari ini.

Proses penyiasatan lanjut ke atas pemilik tanah kebun tersebut dilaksanakan JAS cawangan Sepang berdasarkan peruntukan Seksyen 29 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih daripada RM500,000 atau penjara sehingga maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Di samping itu, JAS memberi amaran tegas bahawa pelaku aktiviti pembakaran terbuka seumpamanya boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 bagi setiap kesalahan dibuat.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI