fbpx

Kekal rebat elektrik ikut kewangan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin (tengah) menyaksikan penyerahan replika surat tawaran pemasangan solar di Kompleks Dermaga Tanjung Lembung, hari ini.

LANGKAWI – Keputusan sama ada untuk meneruskan pemberian rebat elektrik sebanyak dua sen/kWj kepada 9.44 juta pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada tahun hadapan atau sebaliknya akan dibuat berdasarkan kedudukan kewangan negara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, rebat tersebut diberikan kepada pengguna sehingga 31 Disember ini.

“Saya telah bawa perkara ini dalam perbincangan dan ia bergantung kepada kewangan kerajaan.

“Kita tunggu Bajet 2022, jika diluluskan (pemberian rebat) Kementerian Kewangan, ia mungkin akan diteruskan lagi. Harap ada berita baik,” katanya selepas menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Niat Pelaksanaan Inisiatif Solar di Dermaga Tanjung Lembung di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI