fbpx

Minggu mencabar buat pengurus FPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA lima pemain yang dijangka mampu untuk memberikan mata yang maksimum buat pengurus FPL.

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

SELEPAS hampir dua minggu terhenti, saingan Liga Perdana Inggeris kembali lagi meneruskan kehangatannya bermula dengan aksi pertama melibatkan Watford menentang Liverpool malam esok.

Saingan minggu ini dianggap cukup mencabar buat para pe­ngurus Fantasi Premier League (FPL) yang perlu memilih pemain-pemain yang benar-benar cergas dan mampu beraksi de­ngan baik seterusnya memberikan mata yang maksimum.

Kebanyakan pemain daripada pasukan-pasukan yang berada dalam kelompok elit menyertai pasukan negara masing-masing untuk aksi kelayakan Piala Dunia 2022 ataupun persahabatan sekali gus ia akan melibatkan isu kecergasan dan kepenatan.

Hari ini, Kosmo! berkongsi beberapa tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pertukaran terbaik dalam usaha memburu mata maksimum untuk saingan minggu kelapan ini.

 

PENJAGA GOL
KASPER Schmeichel menjadi pilihan meskipun dia dan Leicester berdepan tugas sukar menentang Manchester United. Ini kerana dia sering kali beraksi cemerlang apabila menentang pasukan-pasukan besar dalam saingan EPL.

PERTAHANAN
KIERAN Tierney dijangka mampu membantu Arsenal mengekalkan clean sheet apabila menentang Crystal Palace awal pagi Selasa ini. Antonio Rudiger dan Joao Cancelo juga adalah pilihan yang dilihat relevan bagi saingan minggu ini.

TENGAH
LEANDRO Trossard mempunyai kebolehan sebagai pengambil sepakan percuma dan penjuru dalam usaha untuk menghasilkan jaringan buat Brighton menentang pasukan tercorot EPL, Norwich City malam ini.

PENYERANG
ROMELU Lukaku sekali lagi menjadi pilihan di bahagian jentera serangan berdasarkan jadual perlawanan Chelsea yang dilihat meyakinkan untuk mereka meraih tiga mata. Gabriel Jesus juga boleh menjadi sandaran menerusi prestasi semasanya.

KAPTEN
SADIO Mane sering kali menjadi bayangan kepada Mohamed Salah, namun dia dijangka menyinar untuk aksi bertemu Watford malam ini. Lukaku pula diletakkan sebagai penolong ketua pasukan minggu ini.

 

FORMASI: 3-4-3
Nilai: £99.5 juta

KESEBELASAN UTAMA

Penjaga gol
Kasper Schmeichel (Leicester) £5.1

Pertahanan
Kieran Tierney (Arsenal) £4.9
Antonio Rudiger (Chelsea) £5.8
Joao Cancelo (Man. City) £6.2

Tengah
Sadio Mane (Liverpool) £11.9
Leandro Trossard (Brighton) £6.4
Raphinha (Leeds) £6.6
Bukayo Saka (Arsenal) £6.3

Penyerang
Romelu Lukaku (Chelsea) £11.7
Gabriel Jesus (Man. City) £8.6
Neal Maupay (Brighton) £6.5

Simpanan
Aaron Ramsdale (Arsenal) £4.6
Andros Townsend (Everton) £5.6
Sergio Reguilon (Tottenham) £5.1
Tino Livramento (Southampton) £4.2

 

JADUAL PERLAWANAN

SABTU

WATFORD lwn LIVERPOOL
Siaran langsung Astro 813, 7.30 ptg

A. VILLA lwn WOLVES
Aksi berlangsung pada pukul 10 mlm

LEICESTER lwn MAN. UNITED
Siaran langsung Astro 813, 10 mlm

MAN. CITY lwn BURNLEY
Siaran langsung Astro 811, 10 mlm

NORWICH lwn BRIGHTON
Aksi berlangsung pada pukul 10 mlm

SOUTHAMPTON lwn LEEDS
Siaran langsung Astro 812, 10 mlm

AHAD

BRENTFORD lwn CHELSEA
Siaran langsung Astro 811, 12.30 tgh mlm

EVERTON lwn WEST HAM
Siaran langsung Astro 811, 9 mlm

NEWCASTLE lwn TOTTENHAM
Siaran langsung Astro 813, 11.30 mlm

SELASA

ARSENAL lwn C. PALACE
Siaran langsung Astro 811, 3 pagi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI