fbpx

Kita akan terus menyusahkan hidup antivaksin – KJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan tidak akan memudahkan kehidupan golongan antivaksin sekiranya mereka masih berdegil.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, meskipun kerajaan mungkin tidak mewajibkan vaksin, tidak bermakna golongan itu boleh menjalani kehidupan sama seperti individu yang menerima vaksin.

“Kita mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi di peringkat negara, tetapi saya menggalakkan vaksinasi di peringkat sektor awam serta swasta.

“Pendekatan kita juga adalah, mungkin kedengaran kasar, untuk menyusahkan kehidupan golongan yang memilih untuk tidak mahu divaksin,” katanya ketika sidang akhbar Persidangan National Acute Myocardial Infarction Course (NAMIC) di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin turut berkata, individu yang enggan divaksin mungkin perlu menjalani ujian Covid-19 berkala yang tidak akan ditanggung oleh kerajaan.

“Jika anda tidak boleh divaksin kerana ada masalah kesihatan, tidak ada masalah. Anda akan diberikan pengecualian di MySejahtera tetapi jika anda memilih untuk tidak mahu divaksin, kita akan terus menyusahkan hidup anda.

“Tidak boleh makan di kedai makan, tidak boleh ke pusat beli-belah dan saya akan lakukan strategi secara menyeluruh minggu depan, di mana anda mungkin perlu membuat ujian air liur yang tidak akan dibayar oleh kerajaan,” tambahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI