fbpx

Lembah Klang kini Fasa 4 PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang yang beridah di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lembah Klang dan Melaka kini memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selepas kerajaan berpuas hati dengan kadar vaksinasi lengkap yang telah mencapai 91 peratus hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini juga bersetuju untuk membenarkan Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih ke Fasa 3.

Beliau berkata, peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dan peratusan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa. Dengan peralihan fasa bagi negeri-negeri yang dinyatakan, negara Malaysia secara keseluruhannya kini beralih ke Fasa 3.

“Mulai esok, mesyuarat juga bersetuju untuk melonggarkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) iaitu operasi hentian rehat dan rawat (R&R) di semua lebuh raya dalam negara dibenarkan beroperasi penuh 24 jam bermula esok.

“Kenderaan e-hailing dibenarkan mengambil penumpang berdasarkan kapasiti manakala operasi kafe siber dibenarkan dibuka 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI