fbpx

Babi hutan sesat di Persiaran Gurney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor babi hutan dipercayai sesat di kawasan Persiaran Gurney di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Orang ramai di kawasan Persiaran Gurney di sini gempar selepas melihat seekor babi hutan sesat hari ini.

Kehadiran babi itu disedari seorang penghantar makanan kira-kira pukul 9 pagi sebelum menghubungi talian kecemasan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Timur Laut, Kapten (PA) Muhammad Aizat Abdul Ghani berkata, seramai lima anggota tiba di lokasi pada pukul 9.12 pagi bagi menangkap haiwan itu.

“Cubaan menangkapnya gagal sebelum babi itu lari ke kawasan semak di belakang tapak penjaja makanan di kawasan berkenaan.

“Kita menghubungi Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum haiwan itu terpaksa ditembak kerana dikhuatiri akan mengganggu dan membahayakan orang awam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI