fbpx

Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita tersebut bertindak memecahkan cermin kereta milik suaminya kerana berang dikhianati. – Instagram

JAKARTA – Seorang wanita yang mendapat tahu mengenai kisah kecurangan suaminya bertindak memecahkan cermin trak milik lelaki itu, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Menerusi satu klip video yang tular di Instagram, wanita tersebut dikatakan meluahkan rasa kecewa dan marah dengan cara merosakkan barang-barang milik suaminya.

Turut kelihatan ialah seorang gadis lain yang cuba menenangkan wanita berkenaan, namun usahanya gagal.

“Seorang isteri sanggup melalui beribu-ribu rintangan walau sesukar manapun, namun tidak dengan kecurangan,” kata keterangan pada video tersebut.

Video itu menerima tontonan lebih 89,930 kali dan dibanjiri dengan komen-komen daripada netizen yang menyuarakan pendapat masing-masing.

“Apa juga dapat dimaafkan kecuali pengkhianatan,” kata seorang netizen.

“Ajar dia cukup-cukup. Biar dia tahu apa perasaannya hati yang sedang panas,” komen seorang lagi. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI