fbpx

MAIS syukur rayuan tuntutan RM326.7 ditolak mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersyukur atas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan tuntutan RM326.7 juta oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) terhadap MAIS dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) semalam.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana Yusuf yang mengetuai panel hakim berpuas hati bahawa keputusan mahkamah adalah tepat dalam menolak tuntutan berkenaan.

“Tiada klausa dalam Perjanjian Jaminan yang menimbulkan liabiliti MAIS dan KUIS.

“Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan terakhir BMMB berhubung sejumlah hutang oleh Redha Resources Sdn. Bhd. (RRSB) di bawah Kemudahan Pembiayaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, Mahkamah Persekutuan dalam alasan ringkas memutuskan bahawa Klausa 7 dalam perjanjian adalah jelas.

“Mahkamah Rayuan membuat keputusan yang tepat dan pihak pemohon gagal memenuhi ketetapan bagi rayuan dikemukakan.

“Maka dengan itu permohonan BMMB ditolak dengan kos,” ujarnya.

Tambah Abdul Aziz, pihaknya merakamkan penghargaan kepada semua peguam iaitu Nurul Muhaniza Hanafi, Mohd Radzi Yatiman dan Nor Albina yang bertungkus lumus menyediakan hujahan kepada mahkamah.

Pada 12 November 2018, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan BMMB terhadap MAIS dan KUIS bagi sejumlah RM 326.7 juta.

Dalam rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya, mahkamah itu membenarkan rayuan supaya mengetepikan tuntutan BMMB tersebut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI