fbpx

Aku tak kena tangkap kes pelacuran, dadah – Fara Mendoza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Fara Mendoza menafikan dirinya terlibat kes pelacuran dan dadah.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi yang kini bergelar personaliti media sosial, Fara Mendoza naik berang apabila dituduh terlibat dalam aktiviti pelacuran dan penyalahgunaan dadah.

Menerusi Instagram, pemilik nama sebenar, Norfaralinah Md. Yunus itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan segelintir pihak yang menuduh dirinya terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

“Berani kerana benar. Aku tak kena tangkap mana-mana kes pelacuran dan dadah.

“Hanya kesalahan langgar prosedur operasi standard (SOP) pergi kelab malam dan video yang tular merupakan semasa aku jalan keluar kelab malam balik ke rumah,” kata pelakon filem Keranda Tok Wan Terbang itu.

Ujar Fara, dia tidak mengerti mengapa ada pihak yang sewenang-wenangnya menabur fitnah terhadap dirinya.

“Selepas ujian air kencing negatif, saya dibenarkan pulang ke rumah. Tak habis-habis nak fitnah saya. Saya tak faham apa yang anda mahukan dalam hidup janda tua.

“Sedarlah, kau yang positif dadah dah kenapa nak fitnah aku pula. Tak perlu nak buat fitnah nak samakan diri kau yang jijik itu dengan aku. Tak mengapa, kau fitnah aku, pembalasan Allah akan menyusul,” katanya namun tidak menyebut nama mana-mana wanita secara spesifik.

Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian dan komen yang ditinggalkan netizen dalam hantaran tersebut, wanita yang dimaksudkan Fara ialah Zarina Anjoulie.

“Kenapa Anju (Zarina Anjoulie) suka kacau Fara Mendoza,” tulis seorang netizen dalam ruangan komen.

Fara menerusi satu komen menulis: “Tak boleh ‘mention‘. Faham-faham sahajalah siapa yang selalu kacau dan dengki dengan saya. Dah kena saman pun, masih kacau.”

Dalam pada netizen cuba menenangkan amarah Fara, ramai juga yang menyarankan agar dirinya memfailkan saman terhadap pihak yang menyebarkan perkara tersebut terutama dalam ruang media sosial.

Terdahulu, media melaporkan Fara menang saman malu atau fitnah ke atas Zarina yang difailkan pegumannya pada Januari tahun lalu.

Susulan itu, Zarina memfailkan permohonan membatalkan penghakiman di Mahkamah Tinggi Seremban pada 24 Jun 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI