fbpx

1,000 pengunjung terawal tiba di Melaka terima cenderahati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seribu pengunjung awal ke Melaka bakal terima hadiah.

MELAKA – Seramai 1,000 pengunjung terawal yang tiba di pintu masuk Melaka termasuk di Plaza Tol Ayer Keroh, Tol Simpang Ampat dan Melaka Sentral akan menerima cenderahati istimewa daripada kerajaan negeri, Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, saguhati berbentuk kit penjagaan kesihatan itu diberikan bersempena majlis sambutan ketibaan pelancong ke Melaka.

“Seramai 1,000 pelancong terawal yang tiba di tiga pintu masuk di negeri ini akan diberikan saguhati yang disampaikan oleh Datuk Seri Sulaiman dan saya sendiri.

“Majlis itu nanti akan diadakan di pintu masuk negeri di Plaza Tol Ayer Keroh, Tol Simpang Ampat dan Melaka Sentral,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Bahagian Promosi dan Pelancongan (BPP), Kota Cemerlang di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, bagi memeriahkan majlis itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Institut Seni Warisan Melaka (INSWA) dan Persatuan Pengkarya Seni Jalanan Malaysia akan mengadakan Pocket Show pada hari yang sama.

Katanya, Pocket Show itu akan berlangsung bermula pukul 9 malam sehingga 11 malam, diikuti dengan persembahan pada keesokan harinya pada pukul 5 petang hingga 6 petang dan 9 malam hingga 11 malam.

Jelasnya, persembahan itu diadakan di tiga buah lokasi tumpuan pelancongan iaitu di Taman Rempah, Kampung Morten dan Muara Sungai Melaka. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI