fbpx
Yin May (dua dari kiri) menunjukkan perjanjian yang ditandatangani bersama Ketua Pegawai Eksekutif SEGi Group of Collages, Stella Lau di Akademi MAB di Kelana Jaya hari ini.

MAB, SEGi perkasa bakat industri penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Malaysia Airlines Berhad (MAB) menandatangani perjanjian dengan SEG International Group Sdn. Bhd. (SEGi) semalam bagi membangunkan serta memperkasa tenaga kerja dalam industri penerbangan.

Kerjasama tersebut melibatkan program penempatan latihan industri, penganjuran lawatan industri dan acara, pembangunan agenda akademik yang menerapkan modul pembelajaran hasil pertukaran pengetahuan, kajian dan pembangunan produk serta aktiviti promosi dan pemasaran yang dilakukan secara bersama.

Menerusi memorandum persefahaman yang ditandatangani, penuntut SEGi beroleh manfaat daripada program pelancongan pelajar MAB, MHexplorer yang antara lain memberikan diskaun sehingga 30 peratus untuk semua destinasi, dan tambahan kebenaran bagasi 10 kilogram.

Selain itu, penuntut Sarjana Pengurusan Perniagaan SEGi- University of Sunderland dan Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan Antarabangsa turut menerima satu mata Enrich, iaitu program kesetiaan MAB bagi setiap RM2 yang dibelanjakan untuk yuran pengajian.

Ketua Pemasaran dan Pegawai Pengalaman Pelanggan Kumpulan MAB, Lau Yin May berkata, sebagai syarikat penerbangan nasional, peranan pihaknya lebih daripada sekadar memberikan perkhidmatan penerbangan, malah mempersiapkan bakat-bakat masa depan dalam industri.

“Kami berbesar hati dapat menjalinkan hubungan dengan SEGi Group bagi menyumbang ke arah meningkatkan kebolehpasaran graduan dan pada masa yang sama, meningkatkan daya saing industri penerbangan,” katanya dalam satu kenyataan. – K! ONLINE

 

POPULAR

BERITA BERKAITAN