fbpx

Kapal makhluk asing didakwa menjunam dari langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek tersebut berlegar-legar di langit sebelum menjunam ke bawah dengan pantas. – YouTube

AZPEITIA, SEPANYOL – Sebuah klip video memaparkan rakaman objek terbang tidak dikenali (UFO) menjadi tular di media sosial dengan ramai pengguna berpendapat ia  rakaman tulen yang boleh dipercayai, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam klip video  dirakam menggunakan teropong penglihatan malam oleh individu bernama Xan Bernardo itu, sebuah bebola besar dilihat berlegar-legar di langit bandar Azpeitia, Sepanyol.

Pergerakan objek tersebut dapat dilihat dengan jelas menggunakan cahaya inframerah ketika ia bergerak dari satu bahagian ke bahagian lain.

Secara tiba-tiba, objek itu menjunam ke bawah dengan pantas dan hilang dari penglihatan.

Klip video itu dikongsikan di YouTube saluran The Hidden Underbelly 2.0 yang menyifatkan rakaman itu sebagai hebat.

“Objek itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sebaliknya perlu menggunakan teropong penglihatan malam.

“Kami melihat objek tersebut berlegar-legar dan secara tiba-tiba ia menjunam ke bawah dengan pantas.

“Bagi saya, pergerakan itu sukar dilakukan oleh mana-mana objek lain,” kata keterangan pada video tersebut.

Video rakaman itu  ditonton sebanyak beratus-ratus kali dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengguna dengan ramai yang berpendapat bahawa ia adalah kapal angkasa makhluk asing.

“Amat menarik terutamanya cara ia menjunam ke bawah. Ia juga kelihatan seperti hilang begitu sahaja,” kata seorang pengguna.

“Bagi saya, ia kelihatan seperti hologram,” kata seorang pengguna yang skeptikal. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI