fbpx

Kes aktif bawah 120,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pesakit sedang dirawat dan diasingkan semakin menurun di bawah angka 120,000 dengan 116,596 kes dilaporkan semalam.

Menurut data pada laman web CovidNow, angka tersebut melibatkan 92,513 kes dikuarantin di rumah, 15,578 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,746 kes di hospital, 351 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 408 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 64 kematian dilaporkan dan tiada kematian sepanjang tempoh 24 jam semalam, menjadikan jumlah kematian Covid-19 sebanyak 27,329 kes.

“Terdapat 14 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 5,514 kes.

“Kesemua kes kematian dilaporkan di Kelantan (14), Selangor (11), Johor (9), Perak (7), Sabah (7), Kedah (5), Sarawak (3), Terengganu (3), Pahang (2), Melaka (1), Perlis (1) dan Pulau Pinang (1) serta tiada kematian di Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI