fbpx

Vida dan Iqbal, jadi kahwin ke tak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Vida dan Iqbal masih menimbulkan tanda tanya ramai.

SELEPAS hampir sebulan kisah perancangan perkahwinan Datuk Seri Vida dengan Iqbal Zulkefli ‘berperang’ dalam media sosial, tiba-tiba dengarnya segala-galanya sudah terbatal?

Semuanya gara-gara Iqbal baru-baru ini memberitahu hatinya sudah tawar dan telah membatalkan tempahan hotel untuk hari bahagianya bersama Vida.

Sebelum ini kedua-dua mereka bersikap terbuka dalam berkongsi hubungan percintaan, namun semuanya berubah selepas Cik B dan Kacak dikatakan tidak merestui perkahwinan mereka.

Bermula detik tersebutlah hati si lelaki semakin tawar sehinggakan dia menyepikan diri ketika bersiaran langsung bersama Vida baru-baru ini.

Semakin ‘parah kemelut hubungan cinta mereka ya. Diva sangka semuanya akan pulih dan Vida bakal menamatkan zaman solonya tidak lama lagi tetapi sebaliknya pula yang terjadi.

Jika memang benar jodoh Vida dengan Iqbal, jangan risau kerana Tuhan pasti akan permudahkannya.

Dengarnya Cik B dan Kacak sudah beri restu. Janganlah nak berperang emosi sesama sendiri lama-lama ya.

DIVA: Jika tiada jodoh sekalipun dengan Iqbal, ramai yakin Vida akan bertemu dengan jejaka yang mampu menjaga dia dan anak-anaknya. Semoga cepat sembuh Datuk!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI