fbpx

Ramai berminat dengan vaksin dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

WASHINGTON – Satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mendapati bahawa lebih ramai individu bergegas untuk mendapatkan suntikan vaksin dos penggalak setiap hari berbanding dos pertama dan dos kedua, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Menurut kajian itu, setiap hari, seramai 390,444 individu mendapatkan suntikan dos penggalak, manakala hanya 288,105 individu yang mendapatkan suntikan vaksin dos pertama dan 276,539 individu lengkap divaksin dua dos setiap hari.

Hal ini mula menjadi satu trend di mana lebih ramai individu berasa bimbang, lantas ingin mendapatkan suntikan dos penggalak berbanding dos pertama dan kedua.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa kerajaan dan pemimpin seluruh dunia untuk tidak memulakan kempen suntikan vaksin dos penggalak.

“Pemberian vaksin kepada mereka yang masih belum menerima vaksinasi tetap menjadi keutamaan termasuk menjadikan ia sebagai syarat wajib,” kata Penyelaras Tindak Balas Covid-19 White House, Jeff Zients Rabu lalu.

Data CDC menunjukkan bahawa lebih 64 peratus suntikan dos penggalak telah diberikan kepada individu berumur 65 tahun dan ke atas di AS.

Sebilangan besar individu mendakwa bahawa mereka bergegas mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 untuk melindungi orang ramai. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI