fbpx

1.8 peratus penduduk Johor terima dos penggalak kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Hanya 1.8 peratus sahaja penduduk Johor yang menerima dos penggalak kedua daripada keseluruhan kira-kira 4 juta populasi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, jumlah itu menunjukkan perbezaan ketara berbanding penerima dos penggalak pertama di negeri ini iaitu sebanyak 56.7 peratus.

Justeru, Tian Soon menyarankan rakyat Johor khususnya mereka yang berisiko tinggi untuk mendapatkan vaksinasi bagi mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan serius dan kematian.

“Sebanyak 87 peratus dari populasi keseluruhan di Johor telah mendapat vaksinasi dos primer yang lengkap sehingga semalam.

“Individu yang menerima dos penggalak pertama pula adalah sebanyak 56.7 peratus manakala dos penggalak kedua jauh lebih rendah iaitu hanya 1.8 peratus.

“Perlindungan yang diberikan oleh vaksin Covid-19 ini akan berkurang selepas tempoh masa tertentu dan bergantung kepada jenis varian semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Awal bulan lalu, China dilaporkan menamatkan dasar sifar-Covid bagi membendung wabak berkenaan dengan pembukaan semula sempadan negara itu.

Bagaimanapun, penamatan dasar itu turut menyaksikan peningkatan kes dan kematian di China akibat wabak yang disebabkan oleh subvarian Omicron, BA.5 yang lebih berbahaya.

Tian Soon berkata, individu yang belum melengkapkan dos primer atau dos penggalak terutama golongan berisiko tinggi disarankan segera mendapatkan vaksin.

Katanya, mereka boleh boleh berbuat demikian secara ‘walk in’ atau temujanji di 87 klinik kesihatan atau hospital dan di pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI