fbpx
MESSI (kanan) mengakui akan mengundi Mbappe dan Neymar untuk merebut gelaran Ballon d’Or bagi edisi tahun ini. – AFP

Messi akan undi Neymar, Mbappe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUENOS AIRES – Penyerang sensasi Argentina, Lionel Messi mengesahkan bakal mengundi dua rakan sepasukannya di kelab Paris Saint Germain (PSG), Neymar serta Kylian Mbappe untuk menerima Anugerah Ballon d’Or pada tahun ini.

Sebagai rekod, senarai 30 pemain untuk menerima anugerah pengiktirafan bola sepak paling berprestij itu telah didedahkan kelmarin selepas dimansuhkan pada tahun lepas susulan penularan Covid-19.

Difahamkan, barisan pemain yang menjadi pilihan utama untuk muncul tiga bintang terbaik dunia adalah Messi yang berjaya membantu Argentina menjuarai Copa America, Jorginho yang unggul bersama Chelsea dan Itali selain Robert Lewandowski, penyerang pa­ling berbisa ketika ini.

Namun, Messi mengakui le­bih berminat untuk mengundi Mbappe dan Neymar kerana mereka berdua memiliki teknik bola sepak terbaik sebelum memilih Lewandowski serta penyerang Real Madrid, Karim Benzema.

“Sudah pasti saya akan me­ngundi dua rakan sepasukan saya di PSG iaitu Mbappe dan Neymar. Selepas itu yang berada dalam pilihan saya adalah Benzema serta Lewandowski kerana ketajaman mereka di hadapan gol.

“Apa yang pasti, saya percaya pengundi kini sudah bijak menilai kerana yang paling utama adalah kejayaan membantu pasukan menjulang trofi se­perti Liga Juara-Juara Eropah, Copa America dan Kejohanan Euro yang boleh mempenga­ruhi proses undian,” katanya.

Messi sebelum ini telah meraih trofi Ballon D’or sebanyak enam kali, manakala musuh terdekat, Cristiano Ronaldo telah mendapat lima pengiktirafan sepanjang kariernya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN