fbpx
Eoon Qi Xuan cuba membalas pukulan Yufei pada perlawanan di Ceres Arena sebentar tadi. Gambar Badminton Photo.

Malaysia catat kekalahan kedua di Denmark

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD badminton wanita negara akur dengan kehebatan juara 14 kali, China dalam saingan Kumpulan D kejohanan Piala Uber di Aarhus, Denmark apabila tewas 0-5 pada perlawanan yang berlangsung sebentar tadi.

Pada pertemuan yang berlangsung di Ceres Arena itu, Eoon Qi Xuan diturunkan sebagai perseorangan wanita pertama Malaysia menentang pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Chen Yufei.

Meskipun aksi menarik ditampilkan pemain No.123 dunia itu, namun belum cukup untuk mengejutkan Yufei apabila tewas menerusi aksi straight set 13-21, 11-21 dalam tempoh 31 minit.

Hasrat beregu wanita negara, Lee Meng Yean-M. Thinaah untuk menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila kalah 12-21, 17-21 kepada Liu Xuan Xuan-Xia Yu Ting walaupun sudah memberikan tentangan sengit.

Kemudian, pemain muda, Siti Nurshuhaini Azman mendapat pengalaman berharga apabila turun sebagai perseorangan wanita kedua biarpun tewas mudah 8-21, 3-21 kepada pemain No.9 dunia, He Bing Jiao, sekali gus meletakkan China mendahului 3-0.

China terus berada dalam keadaan lebih selesa apabila memenangi perlawanan keempat selepas beregu wanita, Huang Dong Ping-Jia Yi Fan menang menerusi aksi straight set 21-9, 21-12 ke atas Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.

Usaha Malaysia untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata menerusi perseorangan wanita ketiga, K. Letshanaa juga tidak berhasil apabila turut kecundang 15-21, 11-21 kepada Wang Zhi Yi yang melengkapkan kemenangan China. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN