fbpx

4,696 kanak-kanak jadi yatim akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITI Zailah (dua dari kanan) menyantuni sebuah keluarga yang kehilangan ketua keluarga mereka akibat kemalangan jalan raya di Kampung Berangan, Jelawang dekat Dabong hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

KUALA KRAI – Seramai 4,696 kanak-kanak telah menjadi anak yatim selepas kematian waris atau ahli keluarga mereka akibat dijangkiti Covid-19 di negara ini sehingga hujung bulan lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, sehubungan dengan itu, pihak kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil inisiatif bagi memberi sokongan kepada kanak-kanak terlibat.

Katanya, kementerian telah menyediakan sebanyak 36 institusi dan tujuh tempat yang dikhaskan bagi membantu kanak-kanak berkenaan.

“Kita menyediakan pelbagai aktiviti seperti program motivasi dan kaunseling dengan kerjasama pihak Kementerian Pendidikan (KPM) agar mereka tidak tercicir dalam pelajaran.

“Selain itu, kita menyediakan bantuan kanak-kanak di bawah JKM dengan bayaran bantuan sebanyak RM1, 000 untuk satu keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Tinjauan dan Pemantauan Mengenai Penyampaian Perkhidmatan Kebajikan di Kampung Berangan, Jelawang dekat Dabong di sini, hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI