fbpx

Tiga kanak-kanak lemas depan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Azifah (kanan) yang merupakan ibu Nur Amni Insyirah dan Muhammad Aryan Faheem sabar menunggu operasi mencari dan menyelamat anak-anaknya di muara Sungai Mangkuk, Setiu malam tadi.

SETIU – Tragedi meragut tiga sepupu yang lemas di muara Sungai Mangkuk berhampiran Kampung Mangkuk di sini semalam berlaku depan mata ibu mereka.

Nurulhuda Abdul Rahman, 38, yang merupakan ibu Nurul Hasha Humaira Che Mohd. Humaizi, 11, sekadar mampu menjerit meminta tolong melihat anak sulungnya dan dua lain iaitu adik beradik, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, serta Muhammad Aryan Faheem, 7, dihanyutkan arus sungai sebelum tenggelam dalam kejadian pada pukul 5.30 petang itu.

“Keadaan berlaku dengan begitu pantas. Mereka sebelum itu berada di beting pasir untuk bermain air dan mencari kepah pada pukul 3 petang.

“Sewaktu sudah mahu pulang ke tebing sungai, air tiba-tiba naik menenggelamkan beting pasir tersebut menyebabkan kami panik,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Mayat Hospital Setiu di sini hari ini.

Nurulhuda memberitahu, sewaktu kejadian, enam kanak-kanak semuanya merupakan sepupu berusia dalam lingkungan bawah 12 tahun termasuk anaknya, Nurul Hasha Humaira berada di beting pasir yang telah ditenggelami air pasang pada pukul 5.30 petang.

Ceritanya lagi, tiga kanak-kanak lain berjaya diselamatkan dan tiga lain termasuk anak perempuan dihanyutkan arus sungai.

“Sebelum kejadian, paras air di beting pasir yang terletak kira-kira 50 meter dari tebing sungai cuma paras betis,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI