fbpx

Timbalan Ketua Balai meninggal dunia ketika imamkan solat subuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Rosli dilaporkan meninggal dunia ketika mengimamkan solat subuh pada rakaat pertama, pagi tadi.

HULU SELANGOR – Timbalan Ketua Balai Polis Goh Tong Jaya disahkan meninggal dunia ketika mengimamkan solat subuh di Surau Al-Muttaqim, Tamu Hill Park, Batang Kali, dekat sini pagi tadi.

Allahyarham Sarjan Mejar Rosli Maskan yang berusia 56 tahun meninggal dunia ketika mengimamkan solat Subuh pada rakaat pertama kira-kira pukul 6.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin berkata, Allahyarham meninggal dunia dipercayai akibat masalah jantung.

“Allahyarham bertugas di balai polis berkenaan sejak dua tahun lalu dan dilihat sebagai seorang yang sentiasa komited dengan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Balai Polis.

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor khususnya Balai Polis Goh Tong Jaya amat merasai kehilangannya dan kita akan berusaha memberikan bantuan kepada warisnya selepas ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya, jenazah dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi menjalani ujian saringan Covid-19.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuantan, Batang Kali, dekat sini.

Allahyarham yang berasal dari negeri Johor meninggalkan seorang isteri, Rossilawati Abd Rahim dan empat anak masing-masing dua lelaki dan dua perempuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI