fbpx

Keluarga Malaysia saling melindungi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) ketika melancarkan Keluarga Malaysia di Angkasapuri tadi

KUALA LUMPUR – Sebuah institusi keluarga sentiasa berperanan memelihara agama, melindungi keselamatan, menjaga maruah dan memastikan nasib setiap ahli keluarga terbela.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semangat itu yang mahu disemarakkan oleh kerajaan hari ini menerusi idea Keluarga Malaysia.

“Dalam konteks negara, kita adalah Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia.

“Meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan budaya kita meraikan keterangkuman atau “inclusivity” dalam perbezaan, menjunjung semangat Malaysia sebagai
sebuah negara bangsa.

“Amalan hidup saling bermuafakat dan tidak berpecah belah yang kita amalkan sebagai Keluarga Malaysia umpama peribahasa ‘serumpun bak serai, sesusun bak sirih’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Prapelancaran Keluarga Malaysia di Auditorium Perdana Wisma Radio Angkasapuri di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan turut melancarkan Skuad Keluarga Malaysia yang akan menyelaraskan semua mekanisme penyampaian bantuan untuk rakyat yang memerlukan di seluruh negara di bawah satu jentera.

Perdana Menteri berkata, Skuad Keluarga Malaysia diterajui Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Ia merupakan kolaborasi pelbagai agensi di bawah kementerian berbeza, pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Bagi pelancaran hari ini sahaja, seramai 10 ribu anggota Skuad Keluarga Malaysia telah bersedia untuk digerakkan ke segenap pelusuk negara, bagi membantu rakyat yang terkesan ekoran pandemik,” katanya.

Ismail Sabri berkata, jumlah anggota Skuad Keluarga Malaysia dijangka bertambah apabila lebih banyak kementerian dan agensi serta sukarelawan Keluarga Malaysia mendaftarkan diri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI