fbpx

Zulfahmi simpati nasib Hafizh Syahrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH (depan) dipercayai sukar mendapatkan tempat bersama pasukan lain musim depan berdasarkan keputusan yang dicapai bersama jentera NTS ketika ini.

BEKAS pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin bersimpati dengan dugaan yang dihadapi pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah ketika berjuang pada saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Kelmarin, Hafizh yang me­rupakan pelumba kelahiran Ampang mencetuskan tanda tanya mengenai perjalanan ka­riernya memandangkan baki perlumbaan MotoGP musim 2021 hanya berbaki tiga pusingan saja lagi.

Dalam satu hantaran di Instagram, pelumba berusia 27 tahun itu memuat naik di Instastory mengenai perjalanan kariernya selama lapan tahun pada saingan berprestij dunia tersebut sejak tahun 2014.

ZULFAHMI

“Saya sangat memahami apa yang sedang dilalui Hafizh kerana saya pernah menghadapi perkara yang sama pada masa lalu.

“Agak sukar baginya untuk mendapatkan tempat bersama pasukan lain musim depan berdasarkan keputusan yang dicapai bersama jentera NTS ketika ini.

“Saya rasa dia telah cuba yang terbaik bersama NTS dan saya tahu mana-mana pelumba yang bawa jentera itu pasti sukar untuk mendapatkan keputusan yang baik.

“Jadi, untuk dia terus bersama pasukan lain pada saingan Moto2 musim depan, dia harus membawa tajaan kepada pasukan baharu. Dengan masa yang ada ini, saya rasa sedikit sukar.

“Apa pun, saya sangat sedih kerana saya percaya Hafizh adalah pelumba yang berbakat dan tiada pelumba lain di Malaysia setanding seperti dia,” katanya semalam.

Hafizh menyertai pasukan RW Racing musim ini untuk membantu mengembangkan casis NTS yang merupakan pendatang baharu dalam Kejuaraan Dunia Moto2. Bagaimanapun, pelumba tersebut hanya meraih lapan mata setakat musim ini.

Dalam pada itu, Zulfahmi turut memberitahu, pada hujung minggu ini perlumbaan pusingan pembukaan FIM MiniGP Malaysia Series (160cc) dan SIC Ohvale Junior Championship (110cc) akan diadakan di Sepang.

Tiga pelumba terbaik dalam saingan itu akan layak untuk bersaing di FIM MiniGP World Final di Valencia pada bulan depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI