fbpx

Tujuh negeri rekod kluster baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Tujuh negeri merekodkan kluster baharu hari ini melibatkan lapan kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan dua kluster pendidikan lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua 13 kluster baharu tersebut direkodkan di negeri Johor (empat kluster), Kelantan (tiga kluster), Pahang (dua kluster) serta Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah (masing-masing satu kluster).

“Selain itu, pesakit sembuh merekodkan sebanyak 12,884 kes melepasi kes harian dengan jumlah kes pulih daripada Covid-19 sebanyak 2,157,565 kes.

“Terdapat 9,890 kes harian negara dengan 18 kes import manakala, jumlah kes Covid-19 terkini sebanyak 2,313,727 kes,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada 9,890 kes harian yang dilaporkan, 162 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 9,728 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

Katanya, sebanyak 827 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 445 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI