fbpx

Selangor antara 7 negeri diramal hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataannya berkata, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor antara negeri yang berdepan cuaca buruk berkenaan.

“Ia melibatkan Kedah (Kulim dan Bandar Baharu) Pulau Pinang (Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Selain itu, Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak dan Kuala Langat) Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian), Sarawak (Limbang) dan Sabah di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) turut terlibat,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI