fbpx

Tekong bot, awak-awak positif dadah bawa penumpang secara berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot yang dikendalikan tekong dan awak-awak tersebut yang dirampas diserah kepada Jabatan Laut, Mersing untuk siasatan lanjut.

MERSING – Seorang tekong bot dan awak-awak ditahan selepas positif dadah ketika membawa penumpang secara berbahaya semalam.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, tangkapan dilakukan pada pukul 10 pagi selepas polis menahan sebuah bot pelancong 26 kaki panjang dan enam kaki lebar itu di perairan Mersing berhampiran Pulau Rawa.

“Dua lelaki berusia lingkungan 22 tahun hingga 26 tahun yang berperanan sebagai tekong bot dan awak-awak telah menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasilnya kedua-duanya didapati positif dadah jenis meth dan akan direman bagi tujuan siasatan lanjut, di bawah Seksyen15(1)(a) ADB 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, bot yang dirampas diserah kepada Jabatan Laut, Mersing untuk siasatan lanjut. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI