fbpx

Suspek bunuh tiada kaitan ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Polis mengesahkan seorang lelaki yang dipercayai membunuh ibu bapanya di Kampung Kemahang di Benta di sini pada Isnin lalu tiada kaitan de­ngan mana-mana ajaran sesat di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suspek yang berusia 31 tahun dan menganggur itu mempelajari ilmu persilatan.

“Siasatan berhubung kes bunuh ini masih berjalan, namun setakat ini pemeriksaan mendapati suspek tiada kaitan dengan ilmu sesat atau menjadi pengikut kepada mana-mana ajaran sesat di negara ini.

“Ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine. Seperti kita ketahui, berada di bawah pengaruh dadah juga akan menyebabkan seseorang individu itu boleh melakukan tindakan tidak waras,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusri berharap orang ramai tidak menyebarkan berita tidak sahih, sebaliknya menunggu siasatan lengkap daripada pihak polis.

Mohd. Yusri

Tambah beliau, suspek direman selama tujuh hari sehingga 11 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo! semalam melaporkan sepasang suami isteri menemui ajal dalam keadaan tragis apabila ditetak dan ditikam sampai mati oleh anak bongsu mereka di sebuah rumah di Kampung Kemahang.

Kejadian pada pukul 10.30 malam itu berlaku apabila suspek mendakwa dia melihat mata bapanya bertukar hitam seakan mahu menyerangnya semasa berbual mengenai ilmu agama dan ketuhanan sebelum mengambil parang lalu menetak warga emas tersebut.

Isteri mangsa yang cuba membantu turut ditetak serta ditikam di leher dan kepala. Suspek kemudian ditahan penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis.

Sementara itu, Rektor Universiti Teknologi Mara Pahang, Profesor Dr. Mohd. Ilham Adenan memberitahu, pengambilan dadah jenis syabu boleh memberikan pelbagai kesan termasuk halusinasi.

“Kalau terlebih ambil (pengambilan syabu) boleh menyebabkan halusinasi yang mendorong individu terbabit boleh ‘mencipta’ (nampak) apa-apa imej.

“Bagaimanapun halusinasi juga boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain seperti sejarah mental,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI