fbpx

81 syarikat Bumiputera telah sertai projek ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja - kerja penggalian Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada perasmian "ECRL 1st Tunnel Construction Breakthough" di Paka. Kerja-kerja penggalian telah berjaya mencapai kemajuan sehingga 98.5 peratus dan disiapkan enam bulan lebih awal dari jadual. -Foto oleh PUQTRA HAIRRY ROSLI

PUTRAJAYA – Sebanyak 81 buah syarikat majoriti Bumiputera telah menyertai projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan nilai sebanyak RM320 juta sehingga 31 Ogos lalu yang merangkumi 43 kontraktor, dua firma perunding serta 36 vendor dan pembekal.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan berkata, jumlah syarikat tersebut merupakan 10.67 peratus daripada keseluruhan nilai penyertaan Bumiputera yang dirancang iaitu sebanyak RM3 bilion.

Katanya, fakta itu harus dilihat dalam konteks kemajuan projek bernilai RM50.3 bilion tersebut seperti yang dimaklumkan menteri di Parlimen semalam, yang pada masa ini berada pada kadar 23.96 peratus setakat 31 Ogos 2021.

“Sebanyak 81 syarikat Bumiputera ini telah berjaya melepasi latihan pra-kelayakan yang dilakukan pada tahun 2017 dan 2019 serta memperoleh kontrak mereka secara kompetitif melalui tawaran dengan kontraktor utama Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (EPCC).

“Secara keseluruhan, jumlah penyertaan kontraktor tempatan bagi projek ECRL mempunyai nilai sebanyak RM4.59 bilion dari jumlah yang dirancang sebanyak RM10 bilion (45.9%) dengan 1,368 syarikat mengambil bahagian,” katanya hari ini.

Menurut kenyataan itu, penjelasan itu adalah bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengenai penyertaan kontraktor Bumiputera dalam ECRL semasa isu itu dibangkitkan Ahli Parlimen Dungun di Dewan Rakyat, Selasa lalu.

“Adalah kurang tepat untuk mengatakan ‘tidak wujud’ penyertaan kontraktor Bumiputera dalam projek ECRL ini,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, kenyataan itu memberitahu, berdasarkan Perjanjian Tambahan (SA) No. 6, kadar peratusan efektif penyertaan syarikat Bumiputera dalam projek ECRL juga akan dinaikkan dari 30 peratus kepada 32.9 peratus. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI