fbpx

Melaka sedia jadi rujukan PRU-15

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf

MELAKA – Melaka bersedia dijadikan rujukan pelaksanaan Pilihan Raya Umum (PRU-15) akan datang sekiranya Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan di negeri itu berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berkuat kuasa kelmarin.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pelaksanaan PRN itu secara tidak langsung merupakan satu peluang bagi kedua-dua agensi kerajaan itu melakukan pembaikan kaedah perlaksanaan pilihan raya dalam suasana pandemik Covid-19.

“Bagi saya sekiranya Melaka mendapat kelulusan daripada MKN untuk melaksanakan PRN, maka saya melihat bolehlah digunakan kaedah perjalanan (pilihan raya) negeri ini sebagai contoh PRU akan datang.

“MKN boleh gunakan negeri Melaka sebagai rujukan untuk menambah baik kaedah pelaksanaan pilihan raya sekiranya ia dijalankan sewaktu pandemik,” katanya selepas menghadiri mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Melaka di Villa D’Acqua di sini, malam tadi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI