fbpx

Ambil makanan segera beri impak kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAKANAN segera yang diambil secara kerap boleh menjadikan kanak-kanak mengalami kenaikan berat badan yang tidak dikehendaki. – GAMBAR HIASAN

BAGI sebilangan keluarga, pandemik Covid-19 telah memberikan mereka masalah dalam merancang pemakanan sihat untuk anak-anak.

Berdasarkan satu tinjauan yang dibuat, sebanyak 20 peratus ibu bapa yang ditemui memberitahu, keluarga mereka lebih kerap memesan makanan segera sejak pandemik bermula dua tahun lalu.

Tinjauan tersebut dilakukan oleh pihak Hospital Kanak-Kanak CS Mott yang terletak dalam kampus Universiti Michigan, Amerika Syarikat.

Ia dibuat kepada ibu bapa yang sekurang-kurangnya mempunyai seorang anak berusia antara tiga hingga 18 tahun.

“Kami tahu gaya hidup sesetengah keluarga boleh mempengaruhi diet anak-anak.

“Kami melihat bagaimana pandemik Covid-19 telah mengubah tabiat pemakanan mereka,” kata Dr Gary L. Freed yang juga pakar pediatrik di hospital berkenaan.

Berdasarkan laporan kajian itu, anak-anak mengambil makanan segera sekurang-kurangnya dua kali seminggu daripada keluarga berpendapatan kurang AS$50,000 (RM208,000) setahun.

“Terdapat data yang menyakinkan bahawa pemakanan makanan segera secara berkala menyebabkan kanak-kanak mengalami kenaikan berat badan.

“Ibu bapa yang sayangi anak-anak mereka harus peka dengan hal ini. Ini kerana, ia berpotensi memberi masalah kepada kesihatan,” kata Maya Adam yang merupakan Penolong Profesor Pediatrik di Universti Stanford, Carlifornia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI