fbpx

MOTAC teliti mekanisme kawal selia OTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Langkawi

KUALA LUMPUR – Satu mekanisme bagi mengawal selia syarikat Online Travel Agent (OTA) atau premis penginapan pelancong perlu diwujudkan bagi memastikan pengguna mendapat kualiti perkhidmatan yang baik.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kerajaan sedang meneliti keperluan untuk mewujudkan mekanisme tersebut.

“Perkara ini turut melihat kepada isu kadar komisen dikenakan syarikat OTA kepada premis penginapan. Namun kita perlu objektif dalam menimbang perkara ini kerana ia melibatakan pelbagai faktor.

“Perlu diambil kira seperti kuasa pasaran, menyokong pembangunan digitalisasi serta mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif untuk membolehkan sesebuah syarikat untuk terus beroperasi di Malaysia,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) mengenai paras siling komisen harga jualan bilik melalui OTA. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI