fbpx

LZS sumbang gajet kepada 7,000 pelajar asnaf, mualaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) bersama Syed Anwar (kiri), Saifulyazan (kanan) dan wakil penerima sumbangan itu.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan sumbangan tablet dan data internet bernilai keseluruhan RM6juta kepada 7,000 pelajar asnaf fakir, miskin dan mualaf di negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saifulyazan M. Yusop berkata, semua penerima itu terdiri daripada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan peruntukan agihan menerusi inisiatif Zakat Selangor Peduli (ZSP).

“Pemilihan itu dilakukan melalui semakan silang dengan pangkalan data Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) bagi mengenal pasti pelajar berkenaan.

“Mereka menerima sebuah tablet bersama data internet RM30 sebulan yang akan dikreditkan ke akaun bank ketua keluarga asnaf atau menggunakan kaedah V-Cash (baucar tunai),” katanya kepada di sini hari ini.

Simbolik majlis penyerahan itu disempurnakan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI