fbpx

Hari pertama Rosmah beri keterangan bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosmah

KUALA LUMPUR – Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Mahkamah Tinggi di sini hari ini di sini sebentar tadi bagi perbicaraan bela diri.

Rosmah, 69, tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi dengan berbaju kurung bunga warna merah jambu.

Difahamkan hari ini merupakan hari pertama isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu memberi keterangan.

Semalam Rosmah gagal pada saat-saat akhir untuk menangguhkan perbicaraan kes rasuah berkaitan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion di Sarawak, selepas permohonannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan semalam.

Sehubungan itu, prosiding perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ini akan diteruskan di Mahkamah Tinggi esok dengan mendengar keterangan saksi-saksi pembelaan termasuk isteri bekas Perdana Menteri.

Perkara itu ditentukan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah.

Hakim Kamaludin menolak permohonan Rosmah selepas berpuas hati tiada keadaan istimewa yang mewajarkan pendengarannya ditangguhkan.

Rosmah sedang dibicarakan atas tuduhan meminta suapan RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berkaitan projek tenaga solar itu menerusi bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor. K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI