fbpx

Lelaki maut jatuh tingkat 14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas terjatuh daripada tingkat 14 sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan tentang kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi tadi.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Besi telah pergi ke lokasi kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terbaring di kawasan tempat letak motosikal pangsapuri berkenaan.

“Hasil siasatan awal yang dilakukan, isteri si mati memaklumkan bahawa lelaki berkenaan merupakan seorang pesakit mental dan masih menerima rawatan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Muhammad Idzam, siasatan berhubung kejadian akan diteruskan bagi mengetahui punca kejadian dan bagaimana si mati boleh terjatuh daripada tingkat 14 pangsapuri berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta untuk menyalurkannya dengan menghubungi Ketua Polis Balai Polis Sungai Besi, Inspektor Muhammad Sallehuddin Drahaman di talian 03-9058 2222,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI