fbpx

[VIDEO]Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita bertindak terjun daripada kereta selepas dipercayai bergaduh dengan pasangannya.

PETALING JAYA – Seorang gadis nekad terjun daripada sebuah kereta selepas didakwa bertengkar dengan kekasihnya juga dipercayai merupakan individu yang memandu kenderaan tersebut.

Menerusi perkongsian video kejadian oleh Mat Jie di laman media sosialnya, dia nyaris melanggar wanita itu selepas dia bertindak keluar daripada Perodua Myvi yang ketika itu sedang dipandu di jalan utama.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor berdekatan Universiti Selangor.

Ketika kejadian, kereta jenis Perodua Myvi tersebut kelihatan memperlahankan kenderaan dengan memberikan lampu isyarat kecemasan sebelum wanita itu bertindak terjun keluar.

Susulan daripada perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial berasa bimbang ke atas kejadian yang berlaku pada wanita tersebut dan ada juga yang turut berasa simpati.

“Perempuan ini masa itu dia tak fikir apa dah ini, mungkin dia meluat tengok lelaki itu, nak tumbuk dan tendang lelaki itu dia tak kuat jadi dia pun binasakan diri sendiri,” kata Amy Wan.

“Kita tak boleh hukum mereka sebab kita tak tahu apa kes mereka, saya doakan yang si perempuan itu bersabar selesai cara baik-baik kalau rasa dah tak boleh baik putus sahaja cara elok,” ujar Faridah Abdullah Nurizda.

“Semoga perempuan itu baik-baik sahaja, apa yang jadi dalam kereta itu kita tak tahu tapi kalau lelaki itu naik tangan tinggalkan sahaja orang macam itu,” jelas Amira Hazman.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 4,800 tontonan dan 1,400 reaksi di akaun Facebook miliknya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI