fbpx

Tidak ambil hak kaum lain – Mustapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (kanan) dan Mustapa selepas membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur minggu lalu. - IHSAN JABATAN PENERANGAN

PETALING JAYA – Cadangan memperkenalkan kerangka jaringan keselamatan ekuiti Bumiputera oleh kerajaan tidak akan mengambil hak kaum lain. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, cadangan itu hanya merujuk kepada penjualan saham atau syarikat oleh agensi mandat Bumiputera sahaja. 

“Agensi mandat Bumiputera ini terdiri daripada Institusi kepentingan Bumiputera termasuk Permodalan Nasional Berhad dan Lembaga Tabung Haji dan agensi amanah Bumiputera termasuk MARA (Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri dan EKUINAS (Ekuinas Nasional Berhad),” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) baru-baru ini memaklumkan, kerajaan akan memperkenalkan kerangka jaringan keselamatan ekuiti bagi memastikan pemilikan ekuiti Bumiputera yang mampan.

Mustapa berkata, cadangan penjualan itu tidak melibatkan saham atau syarikat yang akan dijual oleh individu Bumiputera, bukan Bumiputera atau syarikat asing.

Kata beliau, sebaliknya pengumuman itu hanya melibatkan penjualan saham atau syarikat Bumiputera oleh agensi mandat Bumiputera sahaja. 

Jelas beliau, di bawah kerangka jaringan keselamatan ekuiti, penjualan itu akan ditawarkan kepada konsortium, syarikat atau individu Bumiputera berkelayakan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI