fbpx

Kilang di Vietnam ditutup, Nike, Under Armour hadapi masalah bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Satu pertiga pengeluaran barangan jenama pakaian dan kasut sukan Under Armour dihasilkan di Vietnam - Forbes.com

NEW YORK – Beberapa jenama pakaian gergasi Amerika Syarikat (AS) termasuk Nike dan Under Armour menghadapi masalah bekalan akibat penutupan kilang-kilang pembekalnya di Vietnam susulan gelombang kedua Covid-19, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Hujung September lalu, Nike memotong prospek penjualan sepanjang tahun kerana masalah rangkaian bekalan walaupun Ketua Pegawai Operasinya berkata bahawa  jenama itu masih mencatat permintaan yang tinggi. 

Kira-kira tiga perempat kasut Nike dihasilkan di Asia Tenggara dengan 51 peratus dihasilkan di Vietnam dan 24 peratus di Indonesia.

Namun, apabila pemerintah Vietnam melaksanakan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19 termasuk mengarahkan semua kilang ditutup selama beberapa minggu antara Julai hingga September lalu, Nike mengalami kehilangan produksi pembuatan selama 10 minggu.

Menurut Ketua Pegawai Kewangan Nike, Matthew Friend, biarpun kilang mula dibuka semula, pengeluaran akan  mengambil masa sehingga  beberapa bulan untuk kembali ke tahap sepenuhnya.

Satu pertiga pengeluaran barangan jenama pakaian dan kasut sukan Under Armour dihasilkan di Vietnam.

Ketua Pegawai Operasi Under Armour, Patrik Frisk pada Ogos lalu berkata, pihaknya sedang melihat secara dekat impak penutupan kilang terhadap rangkaian bekalannya dan menyifatkan situasi itu sebagai ‘situasi yang berkembang’.

Vietnam merupakan pembekal penting bagi jenama pakaian dan kasut sukan di AS.

“Ia merupakan rakan kongsi besar kepada AS dan merupakan sumber pakaian dan kasut kedua terbesar selepas China,” kata presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pakaian dan Kasut Amerika (AAFA), Steve Lamar.

Julai lalu, Vietnam terperangkap dalam wabak koronavirus yang disyaki berpunca daripada varian baharu, malah sejumlah kilang di Vietnam juga masih ditutup sehingga kini.

Ia menyebabkan pengeluaran produk termasuk kasut sneaker dan sandal, seluar jeans, gaun, kemeja-T serta jaket terhenti. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN