fbpx

Berketul-ketul betul badan Raja Ilya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA ILYA tidak terlepas daripada ditegur netizen gara-gara berpenampilan mendedahkan sana-sini semasa bersenam.

RAJIN betul bersenam! Itu yang pertama kali terlintas dalam fikiran bila tengok rutin pelakon yang kini telah menetap di Australia, siapa lagi kalau bukan Raja Ilya.

Hasil kegigihan ‘main besi’ bersenam di gimnasium setiap hari dengan mengangkat bebanan berat, berketul-ketul jadinya otot badan dia.

Tapi biasalah, netizen kita mana boleh tengok perkara sebegitu. Ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

Lagi bertambah silau penglihatan netizen apabila Raja Ilya bersenam dengan berpakaian yang agak mencolok mata. Ada yang bermulut jahat pula kata, Raja Ilya bersenam hanya dengan memakai baju dalam. Lucu!

Begitulah situasinya, ‘rancak’ betul mereka pedulikan hal tepi kain bab pakaian artis. Biarlah Raja Ilya nak pakai apa sekali pun. Itu hak dia, Diva sendiri pun kalau ada bentuk badan yang cantik nak juga tayang dekat orang ramai.

DIVA: Baru lahir sahaja, anak kepada pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir, Ana Nayla sudah pun mengumpul puluhan ribu pengikut dalam Instagram. Senang nak buat duit nanti!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI