fbpx

Jangan sebar cerita tidak betul tentang vaksinasi remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAGAN SERAI – Orang ramai diingatkan agar tidak menyebar berita tidak benar tentang pengambilan vaksinasi pada remaja termasuk rakaman video yang tidak diketahui kesahihannya.

Ini kerana tindakan tersebut bukan sahaja salah tetapi turut mengundang kebimbangan pada kalangan ibubapa.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, paling dikesali ialah penyebaran rakaman video seorang remaja di Melaka yang dikatakan meninggal dunia setelah divaksin.

Menurut beliau, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil kerana telah menganggu perjalanan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang telah dimulakan pada 20 September lalu.

“Saya amat marah serta kesal dengan perbuatan segelintir pihak yang suka menularkan berita yang tidak benar ini dan setakat hari ini belum ada kematian remaja selepas di vaksinasi.

“Kita sedang memberi suntikan vaksin kepada golongan remaja ini bagi menyelamatkan kesihatan mereka dan menyelamatkan golongan remaja ini dari dijangkiti Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke rumah mangsa banjir di Kampung Tanjung Bugis dekat sini hari ini.

Sementara itu kata Noor Azmi, semakan oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) tidak melaporkan sebarang kesan sampingan besar seperti radang otot jantung (myocarditis) dan radang selaput jantung (pericarditis) membabitkan penerima vaksin remaja.

Katanya, Kementerian Kesihatan hanya menerima laporan berlakunya kesan sampingan kecil seperti demam, bengkak dan gatal yang boleh pulih segera dalam tempoh satu hingga dua hari dengan pengambilan ubat.

“Mana yang alamai kesan lebih teruk seperti sakit dada, sukar bernafas dan jantung berdegup laju, mereka wajib laporkan dan dapatkan rawatan segera ke hospital atau klinik berhampiran kerana dari situ NPRA dapat menyediakan laporan.

“Kita lakukan pemantauan setiap hari perkembangan pemberian imunisasi ini dan sekiranya ada laporan (kesan sampingan vaksin) kita akan terus berikan maklumat yang tepat secara telus kepada umum,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI