fbpx

Azalina dilantik Penasihat Khas PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azalina (kanan) menerima surat pelantikan daripada Ismail Sabri.

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas (Undang-undang dan Hak Asasi) kepada Perdana Menteri.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberi tersebut.

“Insya-Allah dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya dalam hantaran tersebut hari ini.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu dipercayai telah menerima surat pelantikan berkenaan daripada Ismail Sabri pada Khamis lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI