fbpx

KUFC kecundang di tangan Negeri Sembilan FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG KUFC, Fakhrul Zaman (kiri) cuba merampas bola daripada kawalan pemain Negeri Sembilan FC pada aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi. FOTO IHSAN KUFC.

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) mengalami kekalahan kedua dalam saingan Kumpulan C, Piala Malaysia apabila tewas 0-1 di tangan Negeri Sembilan FC pada aksi Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Turun dengan misi untuk menang, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang apabila saling berbalas-balas serangan untuk mendapatkan jaringan pembukaan pada awal perlawanan.

Pemain gantian Negeri Sembilan FC, Mohd. Ferris Daniel menceriakan kem mereka apabila meledak jaringan tunggal perlawanan pada minit ke-81 selepas melepaskan rembatan ke gawang KUFC.

Jaringan pada lewat babak permainan itu kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Negeri Sembilan FC meraih tiga mata penuh pertama dalam saingan Piala Malaysia musim ini. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI