fbpx

Kilang tekstil dipercayai punca air banjir warna merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air banjir berwarna merah berlaku di Johor pagi tadi.

JOHOR BAHRU – Penduduk di Kampung Sri Jaya Baru dan Kampung Pasir di sini gempar apabila air banjir kilat yang berlaku awal pagi tadi bertukar menjadi warna merah.

Kejadian kali pertama itu berlaku susulan hujan lebat bermula pukul 6 pagi tadi sebelum air banjir mula melimpah dan memasuki beberapa buah rumah penduduk yang berada di kawasan rendah.

Ketua Biro Komunikasi Parlimen Pulai, Azmi Misni berkata, kejadian air banjir bertukar menjadi warna merah dipercayai berpunca dari sebuah kilang tekstil berhampiran kampung berkenaan.

“Kilang tekstil ini sudah lama tutup dekat 10 tahun macam itu, bila kita pergi siasat warna itu berpunca dari situ.

“Kemungkinan tong mengandungi bahan pewarna merah terbalik dan tumpah sebab banjir sebab itu air bertukar warna,”katanya ketika dihubungi di sini.

Azmi yang juga mantan Ketua Kampung Pasir berkata, pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan bomba telah melakukan pemeriksaan ke atas kilang tersebut.

Katanya, kerja-kerja membersihkan kesan tumpahan itu dilakukan agar tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor memaklumkan dianggarkan seramai lebih 1,600 penduduk di beberapa kawasan di sekitar daerah ini.

Kejadian banjir kilat yang berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan terjejas antaranya Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Laut, Skudai, Jalan Permatang dan Jalan Denai Utama di Kempas serta Kampung Pasir.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI