fbpx

Buruh aktif pecah rumah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bahrin Mohd. Noh menunjukkan barangan yang dirampas sewaktu serbuan ke atas kedua-dua suspek lelaki di Segamat awal pagi semalam.

SEGAMAT – Dua lelaki yang aktif dalam kegiatan pecah rumah di daerah ini sejak dua bulan lalu tumpas apabila mereka ditahan dalam serbuan di sekitar Segamat Baru, di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Bahrin Mohd. Noh berkata, kedua-dua suspek yang diberkas pada pukul 5 pagi itu masing-masing berusia 29 dan 48 tahun.

“Siasatan awal mendapati mereka menyasarkan rumah atau kediaman yang mana pemilik rumah letak kunci pintu di tepi tingkap tidak berkunci.

“Apabila mereka dapat kunci, mereka akan masuk rumah dan melarikan barangan berharga termasuk wang tunai, telefon bimbit dan sebagainya,”katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis D Segamat, di sini hari ini.

Bahrin berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas beberapa barangan berharga milik mangsa termasuk lapan telefon bimbit pelbagai jenama dan sebuah iPad serta beg galas serta sebuah motorsikal Honda Dash 125 digunakan ketika kejadian.

Jelasnya, hasil semakan rekod mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan salah seorang daripada mereka turut positif dadah jenis heroin.

Katanya, mereka direman selama lima hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI