fbpx

Boleh teman isteri bersalin mulai Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Berikutan pandemik negara yang mula menunjukkan tanda positif dan peningkatan kadar vaksinasi, Kementerian Kesihatan (KKM) kini membenarkan suami atau ahli keluarga terdekat untuk menemani ibu hamil semasa bersalin berkuat kuasa 4 Oktober ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehubungan itu mereka perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan iaitu telah menerima dos vaksin lengkap Covid-19.

Menurutnya, ia melibatkan 14 hari selepas dos kedua bagi vaksin jenis dua dos seperti Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca atau 28 hari selepas menerima vaksin jenis satu dos seperti CanSino dan Johnson & Johnson.

“Suami atau ahli keluarga terdekat perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 (RT-PCR atau RTK-Ag) di mana-mana fasiliti kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 72 jam dan keputusan ujian hendaklah dibawa bersama sebelum menemani ibu hamil di Wad Bersalin.

“Dalam masa sama, suami atau ahli keluarga terdekat juga perlu mengehadkan pergerakan mereka selepas menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, selain itu, suami atau ahli keluarga terdekat juga boleh membeli Kit Ujian Kendiri Covid-19 yang telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan membawanya ke hospital bagi menjalani ujian pengesanan kendiri Covid-19 di tempat saringan disediakan di hospital dengan dipantau dan disahkan oleh anggota kesihatan yang bertugas. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI